Assalamualaikum tuan /puan.
Aruz dilengkapi dengan lampu hadapan automatik, lampu kabus hadapan, rel bumbung, skid plate, tempat duduk kulit (1.5X menggunakan fabrik), roda stereng dan tombol gear dibalut kulit, kemasan piano black pada papan pemuka serta skrin sesentuh dengan fungsi SmartLink dan paparan kamera undur.
Manakala untuk keselamatan pula, ia dipadankan dengan pakej keselamatan aktif Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 terdiri dari sistem Pre-collision Warning, Pre-collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Untuk kesemua model termasuk varian asas 1.5X yang berharga RM72,900, Aruz hadir standard dengan rim aloi 17 inci dua tona dengan tayar 215/60R17, sistem masuk tanpa kunci dengan butang penghidup enjin, enam-beg udara, ABS, EBD, BA, VSC, Hill Start Assist, Hill Descent Control dan cagak Isofix pada tempat duduk baris kedua.
Aruz juga direka dengan pelbagai ciri yang ‘mesra Malaysia’ seperti Myvi termasuk peranti Smart Tag dan dashcam bina dalam, port USB yang terletak pada sisi tempat duduk pemandu yang membolehkan anda mengecas gajet tanpa wayar yang berselirat pada papan pemuka, dua memori larasan penghawa dingin dan juga cangkuk keselamatan pada sisi bahagian dalam tempat duduk hadapan bagi mengelakkan kejadian pecah dan ragut beg tangan wanita.
http://farhanprotonperodua.wasap.my/
#setiamembantuanda
#janganmalujangansegan
#integritiamalankami
#bolehejasbelaka



0 Comments